Saturday, January 4, 2014

ASTRO Kini Di Humaira Homestay Temerloh








Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,


Alhamdulilah, bersyukur kehadrat Ilahi kerana kita masih dapat bertemu lagi di alam maya ini. Dikesempatan ini pihak pengurusan Humaira Homestay ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2014. Semoga kehadiran tahun baru ini membawa jutaan rahmat dan keberkataan kepada kita semua.

Sebagai menghargai pelanggan tetap dan bakal pelanggan kepada Humaira Homestay, pihak pengurusan telah mengambil keputusan untuk menambah kemudahan di Humaira Homestay iaitu siaran Astro, bagi memberi keselesaan tambahan kepada para pelanggan. Penambahan kemudahan ini tidak memberi kesan kepada kenaikan harga perkhidmatan. Harga tetap sama tetapi kemudahan sahaja yang bertambah :):):).

Semoga kemudahan ini mengembirakan para pelanggan. Terima kasih atas kepercayaan yang diberikan kepada kami dalam memberi perkhidmatan penginapan homestay kepada semua. Untuk sebarang tempahan boleh terus menghubungi Puan Noraini (017-9216497) / Encik Abdul Wahid (013-9060576). Diskaun yang hebat untuk tempahan jangka masa panjang!

Selamat Menginap! di Humaira Homestay!

Salam Hormat!

Aisyah Humaira
Mohd Sharil | Noorfadilah
Delft, The Netherlands
5 Januari 2014