Terma dan Syarat






Peraturan Am Tetamu Humaira Homestay Taman Jaya 8 Temerloh, Pahang


Bagi memastikan keselamatan, kesihatan dan persekitaran anda dan komuniti berada dalam keadaan yang terbaik sepanjang penginapan anda di sini, terdapat beberapa peraturan yang perlu diambil berhatian dan dipatuhi :-
  1. Tetamu MESTI terdiri daripada kaum keluarga yang mempunyai hubungan mahram atau rakan kumpulan yang sama jantina
  2. Makanan dan minuman yang HALAL sahaja dibenarkan untuk di bawa masuk ke premis penginapan. Minuman keras / alkohol TIDAK DIBENARKAN sama sekali. Buah durian dan manggis walau bagaimanapun juga tidak dibenarkan sama sekali atas faktor kebersihan.
  3. Menjaga kebersihan Homestay dan kawasan persekitaran Taman Jaya 8. Sila buang sampah ke dalam tong sampah yang disediakan
  4. Gunakanlah segala kemudahan di Homestay dengan baik dan penuh berhemah. Anda tidak dibenarkan untuk :-

    - Mengubah kedudukan perabut dan barang dalam Homestay
    - Membuang tuala wanita atau lampin bayi ke dalam lubang tandas
  5.  Sila letakkan kenderaan di tempat yang sesuai dan tidak menganngu lalu lintas
  6. Sila tutup suis lampu, peralatan elektrik dan penghawa dingin ketika keluar daripada Homestay ini. Sebarang kemalangan, kebakaran dan kejadian yang tidak diingini yang berlaku akibat kecuaian anda mematuhi garis panduan ini akan menjadi tanggungjawab anda sepenuhnya dan pihak Homestay berhak untuk menuntut ganti rugi.
  7. Menghormati komuniti yang tinggal berhampiran Homestay dan jangan membuat bising.
  8. Sila jaga adab-adab kejiranan dan menghormati hak-hak penduduk tetap di Taman Jaya 8, Temerloh, Pahang


- Keselesaan Semua Adalah Tanggungjawab Kami-

Terima Kasih.

Pengurusan,
Humaira Homestay

1 SEPTEMBER 2012


No comments:

Post a Comment