Friday, August 24, 2012

Close-Up Temerloh, Pahang Darul Makmur \ Titik Tengah Semenanjung Malaysia


             
Temerloh merupakan hub kesihatan dan pelancongan Negeri Pahang Darul Makmur

Kesihatan

Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hospital Temerloh). Terletak kira-kira 500 meter daripada Humaira Homestay


Pelancongan

  • Masakan istimewa – masakan asam tempoyak ikan patin

 

  • Pekan Sehari – Bandar Temerloh Dibuka pada hari Ahad mulai jam 7.00 pagi. Pelbagai barangan dan masakan boleh ditemui di sini. Ia terletak 7km daripada Humaira Homestay.

   



  • Esplanade Temerloh – Persisiran Sungai Pahang dan melawat sangkar ikan Patin dan Talapia di Sungai Pahang.  Ia terletak 1km daripada Humaira Homestay.


  





Deerland wujud hasil dari sentuhan idea kreatif pemiliknya sendiri iaitu En. Abdullah Ahmad B. Mahmud. Ia telah dibina dan siap pada bulan Mac 1996. Ia terletak kira-kira 40km daripada Humaira Homestay.  Ia juga telah memberi sumbangan yang besar kepada kerajaan Negeri Pahang dalam meningkatkan industri pelancongan. Matlamat utama pengusaha adalah membantu kerajaan mengekalkan hidupan liar yang semakin pupus. Ini membolehkan orang ramai menikmati keindahan semulajadi disamping memahami habitatnya.Konsep yang cuba diterapkan di sini ialah membolehkan manusia bermesra dengan alam semulajadi (haiwan dan tumbuh-tumbuhan). 

'NATURE BACK TO THE NATURE'

Dibuka setiap hari kecuali Jumaat 
pada jam 11.00 pagi hingga 6 .00 petang

                                                




Ia terletak kira-kira 40 km daripada Humaira Homestay. Pusat ini mempunyai beberapa ekor gajah tempatan yang dibawa masuk daripada Thailand dan Myanmar. Gajah-gajah ini dilatih dan digunakan untuk memindahkan gajah-gajah liar darikawasan-kawasan yang bermasalah di seluruh Semenanjung Malaysia. Pusat ini juga memelihara anak-anak gajah yang ditinggalkan oleh ibunya untuk memastikan anak-anak gajah yang ditinggalkan oleh ibunya terus hidup.


Jadual Lawatan

Pelawat digalakkan menyertai aktiviti yang akan bermula pada pukul 2.00 petang.

      Masa                                                                     
Aktiviti

2.15 petang             :              Menunggang Gajah
                                             Pelawat berpeluang menunggang gajah di sekitar pusat ini.

 2.30 petang            :             Mandi Gajah
                                            Pelawat boleh berenang dan mandi bersama gajah di sungai di
                                            bawah pengawasan petugas. 

3.30 petang             :             Memberi Makanan
                                            Pelawat boleh membantu memberi makanan kepada gajah
                                            seperti pisang, betik dan lain-lain.
 
3.45 petang             :             Tayangan Video
                                            Pelawat digalakkan menonton dokumentari mengenai proses
                                            pemindahan semula gajah liar.

















  • Lawatan Gunung Senyum

Gunung Senyum yang terletak di Felda Jengka 25, Jengka, Pahang mempunyai ketinggian setinggi 486 meter (1,594 kaki). Kira-kira 50km daripada Humaira Homestay. Gunung Senyum mempunyai hutan Dipterokarp Bukit. Terdapat banyak flora atau tumbuhan herba digunung ini yang mempunyai nilai perubatan. Antara gua menarik di sini ialah Gua Terang Bulan, Gua Kelam dan Gua Jebak Puyuh. Terdapat juga gua-gua yang masih mengalami proses pertumbuhan stalagtait dan stalagmait. Gua-gua di sini dibawah jagaan Jabatan Perhilitan Negeri Pahang. 


Terdapat beberapa versi mengenai asal-usul nama Gunung Senyum ini. Antaranya, dikatakan semasa Sultan Pahang sampai di kaki gunung tersebut, baginda bertanya tentang nama gunung itu kepada para pembesar yang mengiringi baginda. Namun, tidak ada seorangpun yang tahu mengenainya sebaliknya para pembesar tersebut hanya mampu tersenyum. 

Gunung Senyum terletak berhampiran Sungai Pahang dan boleh didatangi melalui jalan darat daripada Temerloh atau Jerantut. Jika melalui pekan Kuala Krau, pengunjung perlu menyeberangi Sungai Pahang menggunakan perkhidmatan bot yang diusahakan oleh penduduk tempatan.



Jabatan Ukur dan Pemetaan (JUPEM) negeri Pahang telah menjadikan puncak gunung Senyum sebagai pusat origin koordinat bagi negeri ini kerana terletak di tengah negeri Pahang.



         

1 comment: