Tuesday, August 28, 2012

Selamat Datang Ke Blog Humaira Homestay



Syukur Alhamdulilah, setinggi-tingi kesyukuran diatas segala rezeki, rahmat dan keberkatan yang telah dikurniakan oleh ALLAH swt kepada kita semua selama ini. Semoga kita pandai untuk menghargai segala nikmat yang dikurniakanNYA ini dengan mematuhi segala yang telah diperintahkan dan meninggalkan apa yang ditegah oleh Maha Pencipta.

Ucapan Selamat Datang ini ditujukan kepada semua bakal tetamu kepada Humaira Homestay, semoga anda memperolehi informasi yang berguna daripada blog ini. Sekiranya berpeluang atau ada kesempatan masa bolehlah anda mencuba kemudahan penginapan yang telah tersedia di Humaira Homestay dengan kadar bayaran yang sangat berbaloi dan murah. Humaira Homestay juga berterima kasih kepada mana-mana individu yang sudi mewar-warkan blog ini kepada saudara-mara, rakan-taulan atau pun dipautkan alamat blog ini di blog atau juga Facebook masing-masing.

Besar harapan Humaira Homestay untuk memberi kemudahan penginapan yang terbaik untuk semua tetamu. 

Terima Kasih.


Salam Mesra,

Mohd Sharil Abdullah
Noorfadilah | Aisyah Humaira
1 September 2012
Delft, Holland

No comments:

Post a Comment